Pada bulan April 2008, kami sekeluarga telah pergi ke Teluk Senangin. Kami bersuka ria hingga ke malam. Saya bermain dengan Izdihar dan Wadiah. Saya berasa letih dan saya duduk dia atas tangga. Mereka berdua mengusik saya. Saya hendak menangkap mereka tetapi nasib malang menimpa saya kerana saya jatuh daripada tangga. Ayah saya menghantar saya di hospital Seri Manjung . Doctor menyuruh saya pergi ke bilik X-Ray. Selepas itu doctor membetulkan tangan saya. Pada keesokanya kami semua pulang ke rumah.
gambar X-Ray
Beginilah kedudukan tangan saya sebelum dibetulkan oleh doctor. Selepas itu ayah saya menghantar saya di hospital Batu Gajah. Doctor menyuruh saya supaya menjalani terapi selama 2 minggu. Semasa menjalani terapi doctor melilinkan tangan kanan saya. Selepas itu doctor menyuruh saya berlatih (exercise) tangan kanan saya, seperti membengkokkan tangan saya. Selepas dua minggu doctor membuka tangan kanan saya yang dibalut. Sekarang tangan saya pulih seperti dulu.