Sunday, April 25, 2010

Kasut Bola Saya




Sekolah saya telah mengadakan aktiviti klinik bola sepak. Saya memerlukan sepasang kasut bola sepak untuk menyertai aktiviti tersebut. Pada 18 April 2010, Saya mengajak ayah saya untuk pergi ke kedai AL-IKHSAN, Ipoh. Di situ terdapat pelbagai peralatan sukan untuk kanak -kanak dan juga orang dewasa.

Saya terus mencari sepasang kasut bola nike T90 yang dipakai oleh Ronaldo. Setelah puas mencari kasut bola tersebut, akhirnya saya ternampak kasut itu yang disusun di atas rak. Saya terus mencuba memakainya. Ayah saya dapati saiznya agak besar. Ayah saya meminta jurujual yang bekerja di situ untuk saya mencuba saiz empat. Saya bernasib baik kerana saiz empat muat dengan kaki saya. Ayah saya bersetuju untuk membelikan saya sepasang kasut nike T90 itu. Saya berasa sangat gembira kerana memiliki sepasang kasut bola tersebut kerana ianya sangat cantik. Saya berjanji untuk menjaga kasut itu dangan baik.

Setiap hari Khamis saya memakai kasut bola nike T90 untuk bermain bola sepak di sekolah saya. Saya berasa sangat gembira kerana kasut saya dipuji oleh kawan-kawan di sekolah saya,Taman maju di perak sekolah Rendah Al-Hidayah. Kasut itu juga boleh dibawa bersiar-siar.

No comments:

Post a Comment