Saturday, November 21, 2009

Hari Penyampayan Hadiah

Hari ini adalah hari penyampaian hadiah di sekolah saya. Murid-murid biasanya akan membuat persembahan. Begitu juga dengan saya. Saya membuat persembahan dikir barat bersama aulad tahun dua. Banat tahun 2, 3, 4 telah membuat persembahan corral speaking. Manakala aulad tahun 4 membuat lakonan. Kami membuat persembahan di Dewan Serbaguna Taman Maju. Saya tidak mengambil hadiah tetapi adik saya, Ikhwan mendapat hadiah.

Friday, November 20, 2009

Hari akhir persekolahan darjah tiga

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan darjah tiga saya. Saya pasti akan merindui kawan-kawan dalam kelas tahun Tiga Hafsah. Saya mempunyai ramai kawan di dalam kelas tersebut. Mereka ialah Azfar, Nabil, Adib, Mohammad, Ferro, Adham, Tazidi dan Haffiy. Kawan perempuan di dalam kelas saya pula ialah Alisya, Ameerah, Farisya, Diyana dan Auni. Kawan baik saya Ferro dan dia berasal daripada Indonesia. Saya suka Ferro kerana dia seorang yang baik hati dan beliau merupakan seorang ketua kelas. Pada peperiksaan akhir tahun yang lalu, Muhammad mendapat tempat pertama, tempat yang kedua ialah Azfardan tempat yang ketiga pula Alisya. Saya pula mendapat nombor tujuh manakala Ferro pula mendapat nombor lima. Selalunya pada akhir persekolahan, kami akan membuat persembahan. Saya membuat persembahan dikir barat bersama aulad tahun dua. Tahun 1 membuat persembahan nasyid. Tahun tiga banat pula membuat corral speaking dan aulad tahun 4 membuat lakonan bertajuk Hassan dan Palestine.

Thursday, November 19, 2009

Jaguar vs Crocodile

Cerita ini mengisahkan seekor harimau kumbang yang hebat.
Ini adalah kerana harimau tersebut masih kecil tetapi ia boleh membaham buaya. Harimau ini sangat hebat tetapi yang anehnya kenapa ibunya harimau bintang, dan membiarkan anaknya membuat kerja dengan sendiri.

Saturday, November 14, 2009

My dreamed car

My favourite soccer player

My favourite soccer player is Ronaldo. He is currently playing with Real Madrid club. I like Ronaldo because he is a good soccer player. One day, I want to become a skillful player like him.

Friday, November 13, 2009

Hari Kad Kemajuan

Hari Kad Kemajuan merupakan hari dimana ibu bapa akan hadir ke sekolah untuk mendatangani keputusan peperiksaanan anak mereka. Sekolah saya telah mengadakan hari kad kemajuan pada 12 hb November 2009 yang lepas. Ibu saya telah hadir ke sekolah saya.

Prestasi saya semakin baik berbanding semester yang lepas. Walaubagaimanapun pencapaian saya masih belum lagi memuaskan. Markah bagi mata pelajaran Sirah adalah yang paling tinggi di dalam keputusan peperiksaan saya, manakala markah bagi Bahasa Melayu (penulisan) adalah yang paling teruk.

Memandangkan keputusan peperiksaan yang lepas kurang memuaskan, saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Saya perlu menyediakan dan mematuhi jadual belajar harian saya. Ini adalah kerana saya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi seorang pakar sains.

Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh supaya cita-cita saya dapat dicapai.

Monday, November 9, 2009

Percutian di Pasir Salak Resorts

Pada 7hb November 2009 yang lepas, saya dan keluarga saya telah pergi bercuti di Pasir Salak Resort. Semasa saya sedang mandi di dalam kolam renang, tiba tiba ayah saya terjun ke dalam kolam tersebut. Ayah saya mengajar saya cara berenang.

Pada hari kedua, saya mendapat seorang kawan baru yang bernama Azmin dan kami berenang bersama-sama di dalam kolam tersebut. Dia mahir berenang. Walau bagaimanapun dia tidak pandai berenang katak. Dia tingal di kampung yang berdekatan. Saya sangat gembira berenang dengannya.