Prestasi saya semakin baik berbanding semester yang lepas. Walaubagaimanapun pencapaian saya masih belum lagi memuaskan. Markah bagi mata pelajaran Sirah adalah yang paling tinggi di dalam keputusan peperiksaan saya, manakala markah bagi Bahasa Melayu (penulisan) adalah yang paling teruk.
Memandangkan keputusan peperiksaan yang lepas kurang memuaskan, saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Saya perlu menyediakan dan mematuhi jadual belajar harian saya. Ini adalah kerana saya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi seorang pakar sains.
Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh supaya cita-cita saya dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment