Friday, February 19, 2010

Percutian Di Terengganu



Pada cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk balik menziarahi Datuk dan Nenek kami di Terengganu dan. Perjalanan kami mengambil masa selama 6 jam. Kami menikmati pemandangan yang menarik di sepanjang
perjalanan kami. terdapat dua tasik yang indah iaitu Tasik Raban dan Tasik Banding. Kami selalu menikmati hidangan ikan bakar di Tasik Raban. Kami juga sering singgah di Tasik Banding untuk solat kerana surau yang disediakan bersih. Pemandangan di Tasik Banding juga menarik.

Setelah berehat seketika, Kami meneruskan perjalanan ke Terengganu. Kami merentasi banjaran khatulistiwa yantg bergunung - ganang. Pada waktu pagi Kami ternampak kabus tebal di puncak bukit. Ada berapa ketika kami ternampak gajah kalau bernasib baik. tak lama kemudia saya pun sampaike rumah datuk.














maaf kerana saya lupa apa perlancongan saya di terengganu . sebab itu saya ceritakan pasal perjalanan saje

Sunday, February 7, 2010

PERCUTIAN DI TELUK BATIK RESORT



Pada hujung minggu yang lepas, keluarga saya telah berkunjung ke Teluk Batik. Teluk Batik terletak di Lumut, negeri Perak. Perjalanan kami dari rumah di Siputeh Permai ke Teluk Batik mengambil masa selama satu jam.

Kami tiba di Teluk Batik pada pukul empat petang. Setelah ayah saya check-in, kami dtempatkan di sebuah apartment bernombor 2-10. Saya dan dua orang adik saya tidak sabar lagi untuk bermain di dalam kolam renang.
Setelah berehat beberapa ketika kami pun bersiap untuk turun ke kolam renang. Terdapat tiga peringkat kedalaman iaitu untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun , di bawah dua belas tahun dan untuk orang dewasa . Saya berenang di kolam peringkat kedua . Perasaan saya bila menyelam di dalam kolam adalah seperti terapung di angkasa lepas.

Setelah puas mandi di kolam, ayah saya mengajak untuk mandi di pantai pula. Berenang di laut lebih mencabar berbanding berenang di kolam. Ini adalah kerana di laut terdapat ombak yang kuat. Ombak tersebut menolak saya ke tepi pantai menyebabkan saya sukar untuk berenang jauh.


Di pantai Teluk Batik juga terdapat aktiviti Banana Speedboat. Bayaran Banana Speedboat adalah lima ringgit seorang. Saya telah dipelawa oleh pengusahanya untuk menaiki Banana Speedboat, semasa saya menaiki Banana speedboat itu bayangan saya seperti menunggang seekor kuda liar. Saya menaiki Banana Speedboat bersama bapa, emak dan adik saya. Adik perempuan saya yang berumur tujuh tahun cuma duduk di sebelah pemandu itu. Kami diheret oleh bot itu dengan laju ke tengah laut. Laut yang bergelora mencemaskan kami. Namun, pengalaman pertama kali ini sangat menyeronokkan terutama apabila kami dijatuhkan di tengah laut. Jaket keselamatan membolehkan kami terapung dan berenang ke tepi pantai semula .


Ini merupakan percutian hujung minggu yang paling menyeronokan dan tidak dapat saya lupakan. Saya bercadang untuk datang lagi ke Teluk Batik yang indah itu pada masa akan datang.