Sunday, February 7, 2010

PERCUTIAN DI TELUK BATIK RESORT



Pada hujung minggu yang lepas, keluarga saya telah berkunjung ke Teluk Batik. Teluk Batik terletak di Lumut, negeri Perak. Perjalanan kami dari rumah di Siputeh Permai ke Teluk Batik mengambil masa selama satu jam.

Kami tiba di Teluk Batik pada pukul empat petang. Setelah ayah saya check-in, kami dtempatkan di sebuah apartment bernombor 2-10. Saya dan dua orang adik saya tidak sabar lagi untuk bermain di dalam kolam renang.
Setelah berehat beberapa ketika kami pun bersiap untuk turun ke kolam renang. Terdapat tiga peringkat kedalaman iaitu untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun , di bawah dua belas tahun dan untuk orang dewasa . Saya berenang di kolam peringkat kedua . Perasaan saya bila menyelam di dalam kolam adalah seperti terapung di angkasa lepas.

Setelah puas mandi di kolam, ayah saya mengajak untuk mandi di pantai pula. Berenang di laut lebih mencabar berbanding berenang di kolam. Ini adalah kerana di laut terdapat ombak yang kuat. Ombak tersebut menolak saya ke tepi pantai menyebabkan saya sukar untuk berenang jauh.


Di pantai Teluk Batik juga terdapat aktiviti Banana Speedboat. Bayaran Banana Speedboat adalah lima ringgit seorang. Saya telah dipelawa oleh pengusahanya untuk menaiki Banana Speedboat, semasa saya menaiki Banana speedboat itu bayangan saya seperti menunggang seekor kuda liar. Saya menaiki Banana Speedboat bersama bapa, emak dan adik saya. Adik perempuan saya yang berumur tujuh tahun cuma duduk di sebelah pemandu itu. Kami diheret oleh bot itu dengan laju ke tengah laut. Laut yang bergelora mencemaskan kami. Namun, pengalaman pertama kali ini sangat menyeronokkan terutama apabila kami dijatuhkan di tengah laut. Jaket keselamatan membolehkan kami terapung dan berenang ke tepi pantai semula .


Ini merupakan percutian hujung minggu yang paling menyeronokan dan tidak dapat saya lupakan. Saya bercadang untuk datang lagi ke Teluk Batik yang indah itu pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment