Pada hari sabtu yang lalu, seawal jam 6:00 pagi, ayahku telah mengjutkanku daripada tidur. Ayah memberitahuku bahawa dia hendak membawaaku ke Lengkuas. Setelah selesai solat subuh dan menyiapkan peralatan untuk berkayuh, aku melakukan senaman regangan untuk memanaskan badan.
Kayuhan pada kali ini merupakan kayuhan yang pertama bagi aku mengayuh lebih daripada 10 km. Jarak kayuhan ke Lengkuas ialah 26 kilometer pergi dan balik. Jalan lama ke Lengkuas tidak bertar, berlopak dan berbukit.
Setibanya di Lengkuas aku bersarapan bihun kicap dan minum teh o ais di Restoran Tunggu Sekejap. Ini adalah kali pertama aku bersarapan bihun kicap. Setelah habis makan, ayah memberikanku wang berjumalah 10 ringgit Malaysia untuk membayar makanan. Selepas itu kami memulakan kayuhan untuk pulang ke rumah di mana jaraknnya adalah 13 km.
Di sepanjang perjalanan, aku mendapat banyak pengajaran. Antaranya ialah tidak boleh berhenti di tengah jalan, jangan naikkan gear belakang sewaktu mendaki bukit dan jangan brek di jalan selekoh. Aku berharap tidak akan melakukan kesalahan ini lagi.
Aku sangat berpuas hati akan kayuhan aku ke Lengkuas. Aku berjaya mencatatkan kelajuan 17 kilometer per jam. Aku berharap dapat memperbaiki kelemahan aku.
No comments:
Post a Comment