Monday, December 19, 2011

Kayuhan Fun Ride, Sungai Klah Hotsprings

Pada tanggal 18 Dcember 2011 ini, aku akan mengikuti ayahku ke Kayuhan Fun Ride bersama kawan kawanya di Sungai Klah Hotsprings. Kayuhan ini disertai oleh 511 pesesrta. Ayahku telah mengambil 11 cenderamata untuk kawan kawanya daripada tempat pendaftar. Aku telah menginap di sebuah homestay bersama sebuah keluarga kawan ayahku. Pakcik Fendi dan isterinya akan tinggal bersama kami.

Selepas makan malam ayahku singgah di petronas untuk membeli makanan, air 100 plus, dan coklat sebagai pengganti power bar. Ayahku juga menyuruhku tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi kerana program itu bermula pada pukul 7:30 pagi.

Keesokanya aku pergi ke tempat berkumpul basikal di Hotsprings. Aku membuka bonet kereta lalu mengambil basikal dan mencubanya jika ada sebarang kerosakan. Selepas itu aku membuat senaman memanaskan badan supaya tidak kejang kaki dalam Fun Ride. Aku juga memakan sedikit coklat untuk memberikan tenaga dan meminum sedikit air bagi menghilangkan rasa takut. Kayuhan ini bermula pada pukul 7:30 pagi.

Aku dan mereka akan melalui jalan raya sebelum memasuki hutan. Aku mengayuh basikalku dengan laju ketika mendaki bukit dan perlahan ketika turun bukit jika jalan berlopak. Di dalam pertengahan jalan aku melihat mereka mengangkat  basikal, rupa rupanya ada anak sungai yang patut aku redahi. Ayahku telah menolong aku mengangkat basikalku melintasi anak sungai. Di dalam perjalanan kami akan melalui jalan kebun durian, perkampungan orang asli dan hutan. Aku melihat beberapa peserta tidak bersungguh-sungguh dalam kayuhan. Aku melihat ramai yang bergambar, memakan buah durian dan sebagainya. Aku telah mengambil 4 chekpoint sebelum menghabiskan kayuhan. Aku amat bersyukur kerana mendapat nombor 176 daridapa 511 orang.

Aku sangat gembira walaupun penat berkayuh. Aku berharap supaya aku akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam kayuhan


































No comments:

Post a Comment