Saturday, December 3, 2011

Kayuhan Ke Bali

Lagi empat belas hari lagi aku akan menyertai jamboree di Sungkai. Aku mestilah gigih berlatih walaupun di mana saja. Pagi tadi aku telah mengikut ayahku dan kawannya, Pak cik Zaini berkayuh ke Balisahaja . Inilah kayuhan yang paling teruk, bagi aku walaupun sudah lama berlatih bersama ayahku.

Jarak kayuhan ke Bali 10 kilometer, yaitu 20 kilometer pergi dan balik. Walaupun jarak kayuhan ialah 10 kilometer, ia memakan masa yang lama kerana jalan berbukit, ada sungai, berlopak dan berbatu bata. Semasa aku berkayuh, aku terjumpa dua anak sungai. Aku terpaksa bekerjasama dengan mereka ketika menyusuri anak sungai tanpa basah kasut pun.

Ketika aku mendaki bukit aku terpaksa menolak basikalku kerana jalan itu berlopak dan tiada ruang untuk aku untuk berkayuh. Pada masa aku dapat menambahkan pengetahuan tentang lajak. Ketika aku menurun bukit aku melihat di depan jalan tidak berlopak dan di depan ada jalan naik bukit. Jadi aku berasa baik aku membiarkan sahaja basikal bergerak ketika turun bukit.


Setelah sejam aku berhempas pulas tenaga, akhirnya sampai juga aku ke Bali. Ketika itu matahari telah atas kepala. Ayaku bercadang supaya melalui jalan raya kerana lebih cepat sampai ke rumah. Melalui jalan raya sangat bahaya. Oleh itu aku haruslah berada di tengah tengah mereka yaitu pak cik Zaini di depan sekali dan ayahku berada di belakang sekali.

Aku balik ke rumah aku pada pukul sebelas pagi. Kami telah mencatatkan rekod terbaru yaitu tiga puluh kilometer per jam. Aku harap supaya dapat memperbaiki kelemahan  aku










No comments:

Post a Comment