Monday, December 19, 2011

Kayuhan Fun Ride, Sungai Klah Hotsprings

Pada tanggal 18 Dcember 2011 ini, aku akan mengikuti ayahku ke Kayuhan Fun Ride bersama kawan kawanya di Sungai Klah Hotsprings. Kayuhan ini disertai oleh 511 pesesrta. Ayahku telah mengambil 11 cenderamata untuk kawan kawanya daripada tempat pendaftar. Aku telah menginap di sebuah homestay bersama sebuah keluarga kawan ayahku. Pakcik Fendi dan isterinya akan tinggal bersama kami.

Selepas makan malam ayahku singgah di petronas untuk membeli makanan, air 100 plus, dan coklat sebagai pengganti power bar. Ayahku juga menyuruhku tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi kerana program itu bermula pada pukul 7:30 pagi.

Keesokanya aku pergi ke tempat berkumpul basikal di Hotsprings. Aku membuka bonet kereta lalu mengambil basikal dan mencubanya jika ada sebarang kerosakan. Selepas itu aku membuat senaman memanaskan badan supaya tidak kejang kaki dalam Fun Ride. Aku juga memakan sedikit coklat untuk memberikan tenaga dan meminum sedikit air bagi menghilangkan rasa takut. Kayuhan ini bermula pada pukul 7:30 pagi.

Aku dan mereka akan melalui jalan raya sebelum memasuki hutan. Aku mengayuh basikalku dengan laju ketika mendaki bukit dan perlahan ketika turun bukit jika jalan berlopak. Di dalam pertengahan jalan aku melihat mereka mengangkat  basikal, rupa rupanya ada anak sungai yang patut aku redahi. Ayahku telah menolong aku mengangkat basikalku melintasi anak sungai. Di dalam perjalanan kami akan melalui jalan kebun durian, perkampungan orang asli dan hutan. Aku melihat beberapa peserta tidak bersungguh-sungguh dalam kayuhan. Aku melihat ramai yang bergambar, memakan buah durian dan sebagainya. Aku telah mengambil 4 chekpoint sebelum menghabiskan kayuhan. Aku amat bersyukur kerana mendapat nombor 176 daridapa 511 orang.

Aku sangat gembira walaupun penat berkayuh. Aku berharap supaya aku akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam kayuhan


































Sunday, December 11, 2011

Percutian Di Kuala Lumpur

Pada hari Isnin yang lalu, ayahku bercadang supaya hendak melawat pelajarnya di Kulala Lumpur. Ayahku akan melawat pelajarnya pada hari rabu hingga sabtu. Ayahku juga bercadang supaya menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Hari yang dinantikan itu telah tiba. Emakku melipat kain untuk dibawa ke Kuala lumpur. Emakku menyuruh aku membawa lima helai baju dan seluar yang dipilih oleh aku. Kemudian letakkanya di dalam beg yang disediakan. Aku bertolak ke sana pada pukul sembilan dan tiba pada pukul satu petang. Pada pukul 4 ayahku akan melawat pelajarnya manakala aku dan adik beradikku akan mandi di kolam di tingkat satu. Emakkku akan mengawasi kami.

Pada malam pertama di hotel emakku beritahu bahawa ayah akan melawat tiga pelajarnya. Emakku juga beritahu bahawa aku dan dua adikkku  akan melawat KLCC. Pada awal pagi lagi kami telah bersiap untuk ke KLCC pada pukul sepuluh pagi. Emakku membeli tiket ntuk tiga orang anak dan seorang ibu. Untuk ke tempat KLCC itu kami akan menaiki sejenis kenderaan yaitu Gondala. Gondala membawa kami ke pusat sains. Suasana di dalam perjalanan ialah sangat gelap dan pada masa yang sama kami  mendengar suara yang menceritakan apa yang berlaku di atas bumi yang dikekelingi oleh skrin yang berkait rapat dengannya. Di sana kami mendapat banyak informasi di bumi. Ia juga ada model, pertunjukan game sains. Yang paling aku tidak akan melupakan ialah perasaanku ketika menghidu udara dipada zaman dinasour, permainan di sana dan maklumat. Permainannya juga terdiri daripada magis dan lain lain lagi.

Setiap petang aku akan berenang bersama ayahku dan dua adiku. Aku telah mahir berenang kuak dada dan berenang kebelakang. Biasanya aku akan mandi 2 atau 3 jam stiap hari yaitu pagi dan petang tetapi aku selalu brenang pada waktu petang. Aku juga berharap supaya aku akan mahir berenang seperti ayhku.

Inilah percutian akhir tahun aku pada kali ini. Aku ingin balik kepada sukanku iaitu berbasikal. Aku juga tidak sabar untuk bersekolah semula. Pada tahun hadapan aku mengambil peperiksaan besar yaitu UPSR.  

Saturday, December 3, 2011

Kayuhan Ke Bali

Lagi empat belas hari lagi aku akan menyertai jamboree di Sungkai. Aku mestilah gigih berlatih walaupun di mana saja. Pagi tadi aku telah mengikut ayahku dan kawannya, Pak cik Zaini berkayuh ke Balisahaja . Inilah kayuhan yang paling teruk, bagi aku walaupun sudah lama berlatih bersama ayahku.

Jarak kayuhan ke Bali 10 kilometer, yaitu 20 kilometer pergi dan balik. Walaupun jarak kayuhan ialah 10 kilometer, ia memakan masa yang lama kerana jalan berbukit, ada sungai, berlopak dan berbatu bata. Semasa aku berkayuh, aku terjumpa dua anak sungai. Aku terpaksa bekerjasama dengan mereka ketika menyusuri anak sungai tanpa basah kasut pun.

Ketika aku mendaki bukit aku terpaksa menolak basikalku kerana jalan itu berlopak dan tiada ruang untuk aku untuk berkayuh. Pada masa aku dapat menambahkan pengetahuan tentang lajak. Ketika aku menurun bukit aku melihat di depan jalan tidak berlopak dan di depan ada jalan naik bukit. Jadi aku berasa baik aku membiarkan sahaja basikal bergerak ketika turun bukit.


Setelah sejam aku berhempas pulas tenaga, akhirnya sampai juga aku ke Bali. Ketika itu matahari telah atas kepala. Ayaku bercadang supaya melalui jalan raya kerana lebih cepat sampai ke rumah. Melalui jalan raya sangat bahaya. Oleh itu aku haruslah berada di tengah tengah mereka yaitu pak cik Zaini di depan sekali dan ayahku berada di belakang sekali.

Aku balik ke rumah aku pada pukul sebelas pagi. Kami telah mencatatkan rekod terbaru yaitu tiga puluh kilometer per jam. Aku harap supaya dapat memperbaiki kelemahan  aku










Sunday, November 20, 2011

Kayuhan offroad ke Air Terjun Papan

Pada hari Ahad yang lalu, aku telah mengikuti ayahku berbasikal ke Air Terjun Papan. Aku bertolak ke sana seawal jam 7:30 pagi. Jarak kayuhan pada kali ini ialah 23 kilometer pergi dan balik. Air Terjun Papan terletak di dalam hutan simpanan Papan, Pusing. Di situ juga terdapat Taman Herba Papan.

Semasa dalam perjalanan ayahku telah berhenti di Pekan Pusing untuk membeli nasi lemak sebagai bekalan makanan di Air Terjun Papan. Air Terjun Papan sungguh jernih, namun tidak ramai yang melawatnya kerana airnya cetek. Menurut ayah, pada zaman dahulu hutan ini pernah menjadi kawasan komunis. Patutlah, di kawasan berhampiran, terdapat deretan rumah kedai usang dan kubur cina.

Kami tidak melalui jalan yang bertar sebaliknya menggunakan jalan tanah merah melalui kawasan pertanian yang berlopak dan berbukit. Aku dapat melihat pelbagai jenis tanaman disepanjang perjalanan kami, antaranya ialah pokok pisang, jagung dan cepedak. (tengok pada gambar yang kelapan)
Malang menimpa diriku kerana aku tidak melakukan senaman mamanaskan badan sebelum membuat kayuhan. Kakiku berasa sangat lenguh dan terpaksa menolak basikalku apabila mendaki bukit yang pertama. Setelah berehat seberapa ketika, aku dapat meneruskan kayuhan seperti biasa.

Setelah berhempas-pulas memerah tenaga, akhirnya sampai juga aku ke Air Terjun Papan. Airnya sungguh sejuk dan jernih. Tanpa berlengah lagi aku terus makan nasi lemak yang kami beli tadi. Aku terpandang seketul batu besar yang terletak di bahagian tengah sungai. Malang tidak berbau sewaktu aku cuba untuk ke sana, kasutku terkena air. Lalu aku membuka kasutku dan menjemurnya. Setelah itu aku pun terus mandi dengan riang sekali.

Aku sangat gembira kerana dapat berkayuh basikal ke Air Terjun Papan. Aku berharap dapat berkayuh ke sana sekali lagi, InsyaAllah. Pengajaran daripada kayuhan pada kali ini ialah, kita mestilah melakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti fizikal.